siap sedia
Written by sankai on August 29, 2007
semalam aku nengok berita lewat malam…PM ada umumkan bahawa kabar angin di pasir gudang, johor serta area yang berkaitan dengannya…dan area ni merangkumi masai, dan kawasan sekeliling…seperta yang korang sedia maklum, masai adalah tempat aku menjalankan perniagaan haram seperti mendonlot porno movie, serta tempat aku dan konco² berkumpul utk merangcang job kami yang seterusnya…
tapi beberapa hari lepas, ada kabar berita yang tidak berapa sedap didengar dan ini membuatkan hati aku bergoyang serba sedikit…lagi menjelang 31 ogos….
tiap² malam road blok berleluasa, radio car plak bersepah kat jalan..aku nak mendrift pun susah…ni semua membuatkan aku terpaksa mempersiapkan diri utk megelakkan peristiwa yang tidak diingini berlaku..kalu dulu pukul 1-2 pagi aku masih berani pegi ke habib utk beli nasik lemak ayam, tapi skang, on da way balik umah tu beli terus…tu pun pukul 10-11 malam…
antara benda² yang aku sering bawa sejak akhir² nu ialah senjata² api utk keselematan diri..


walaupun agak berbahaya, tapi utk keselamatan diri, aku kena kuarkan jugak senjata² ni..memandangkan ni baru kabar angin, jadi tak perlu kuarkan AK 47, sniper Rifle, M-16 serta Grenade serta Jet Fighter yang parking kat belakang rumah…
utk keselamtan sekiranya diserang hendap…

dan motor yang sering aku gunakan utk melaukan drift serta sekiranya perlu melarikan diri sebelum backup sampai..

dan utk kalu terpaksa berhadapan dengan musuh tanpa senjata api, aku terpaksa menggunakan khidmat pedang sakti yang bapak aku cakap jgn sesekali guna atau pisahkan dari sarung kalu setakat mau potong bawang jer..

sebenarnya, ni semua kabar angin jer…tapi tak salah kita wat persediaan..aku kesian kat bebudak sekolah ngan makcik² yang dah tua serta mereka yang mempunyai family…tak senang nak tido malam…dengan kabar angin sana org kena tembak, sini kena potong telinga, kena potong kemaluan….aku yakin polis semua leh kontrol keadaa..so, kena think positif..kena rilek jerrr….mungkin ada pihak yang sengaja wat² cerita..yerla…ingat nyawa org ni macam nyawa ikan ke hapa nak bunuh suka²..takkan polis wat road block bodoh jer kalu dah sampai 2-3 ratus org mati..demett…ni dah kira darurat la..jadi kesimpulannya jgn la percayakan kabar angin kalu tidak ada berita atau pengumuman rasmi dari pihak berkuasa tempatan….hehheheh….
Posted in: Sankai Jokes & Fun, Sankai life

9 Responses to “siap sedia”
By *panoda krew* » HaRiZ (103) on Aug 29, 2007
Bro, aku dapat mesej macam2 semalam…hahaha…tapi tgh sedap2 dapat msg pasal cerita2 tu…tiba2 ade bohsia mane ntah hantar msg kate “kalau u x tidor dgn I malam ni, Kemaluan u i nak potong”…bila aku tepon, ade wanita la angkat…suare mak ai…cun lahanat…tp bohsia pulak…hahaha…die mau merusuh aku la…aku takut ni sankai…hahahha…takot la…hahahah
By *kengkawan* » Qaiyum (2) on Aug 29, 2007
Uih.. Taliban Malaya Nih.. Uiyoo… Mantap Mantap!!
By *pemerhati bebas* » WaWa (24) on Aug 29, 2007
uih.. ko ada lesen ka simpan semua senjata2 api tu? haha.
By *panoda krew* » IcedNyior (37) on Aug 29, 2007
meh la bertenggek luar gate umah..jadi pak guard kat umah i nih :D
By *tuan rumah* » sankai (214) on Aug 30, 2007
hariz : malam nie weii…..gua dah ready dah…
Qaiyum : ui bro..thanks for coming…ni bukan taliban…tapi tabilan…hahahaha…
wawa : aku kan bekas pejuang perang dunia ke 2..xpayah pakai lesen..hahahhhaa….
iced : nanti u tak masuk rumah lak bab temankan i kat luar umah u..hikhikhik..
By *kengkawan* » mohdismail (7) on Aug 30, 2007
ha ha.. ape kes ni sebenarnya? aku dgr Melayu sama India nak gaduh2…
*spek ko tu ko jual x? ha ha
By *tuan rumah* » sankai (214) on Aug 30, 2007
hahaha…kabar angin jer sebab pihak berkuasa tempatan belum buat apa2 pengumuman darurat….
spek tu limited edition…ada 2 jek..satu ada ngan aku dan satu lagi dengan james bond..
By *pemerhati bebas* » sampulnak (33) on Aug 30, 2007
haih, macam di pilipin sdh ni. bawa senjata ke mana-mana.
By *kengkawan* » bulus-san (28) on Aug 30, 2007
khabar angin jer tu….mmbe aku kate takde ape pun brlaku kt sane. cam biase jer…
pedang tu mane bli? terminat lak aku nie…
p/s: aku singgah sat kt blog hang…