Route to 50 years merdeka - Perkauman

Written by sankai on August 27, 2007

ok..aku ingat cerita Route to 50 years merdeka aku malas nak buat sebenarnya..tapi, tadi aku bukak friendster group, aku nengok ada post baru. yaps, politik dan perkauman. aku tidak suka utk menulis dua benda nie sebab aku rasa benda ni bleh buat org lain muntah darah macam tengok cup C..kan ngah.?? aku pi cari laman/blog yang dimaksudkan…dan abg google memberikan jalan yang benar..

sebenarnya, aku malas nak cakap banyak dan bagi url pada pemilik laman blog itu. aku tidak tau apa itu politik. aku tidak tau apa kau punya sebab, atau aku tidak peduli atau kenal kau sapa…tidak sama sekali..tapi aku mau balas kau punya entry sebab aku berbangsa bugis.!! and im proud of it.!!

Tahukah anda bahawa 40% dari pembiayaan pinjaman dari Tekun Nasional diberi kepada pendatang asing, apa tidaknya kan Pengarah Tekun Sabah adalah orang Bugis. Itu belum lagi pembiayaan pembelian kereta komersil dari Mara atau bank komersil. Hairan kan, macam mana orang-orang Bugis di Kota Kinabalu atau Sandakan boleh memiliki teksi penumpang walhal, mereka ini datang sehelai pinggang masa masuk ke Sabah secara curi-curi (memang pun pencuri).
aku tidak paham maksud mamat nie…setau aku, untuk memiliki teksi, kita kena beli teksi, dan teksi itu di beli pakai duit. duit itu pula didapati dengan cara berusaha. jadi, kalu kita berusaha, tak kisah la..bangsa bugis ka, bangla ka, atau bangsa penajajah sekalipun, tidak mustahil utkbeli teksi..apa yang mau dihairankan.?? apa kaitannya dengan tekun.?? pasal curi² masuk…itu cerita zaman p ramlee..kalu mau cakap org bugis curi masuk, apa beza dengn bangsa yang datang dari filipina tu.?? lagi bahasa yang dia guna punlangsung tidak ada slang sabah….
Terkini saya dapat perkhabaran bahawa mereka sudah mulai mengorak langkah untuk menghabiskan duit rakyat melalui pinjaman Bank SME , berani sungguh mereka ini!! Mana tidaknya, kan mereka dibantu oleh Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) yang diterajui oleh Datuk Osman Jamal.
menghabiskan duit rakyat dengan pinjaman.?? apa maksud dia nie.? nama pun pinjaman, jadi kena la bayar kan.SME tu kalu tak silap Small Medium Industri kan….kampeni aku penah wat kat bank nie..dan aku rasa tidak mudah utk mendapat pinjaman dari sini…mereka hanya bagi kepada yang BERKELAYAKAN jer…ingat bank nak kuar duit tu senang ke hapa.?? kalu PSBS (Persatuan Suluk Bersatu Sabah) bleh ada kat johor nie, napa lak PKBS (aku xtau pun ada persatuan nie..bagus la..) pulak jadi isu.??
Apakah pengaruh mereka ini sangat besar sehingga mampu merubah muka asal sesebuah kota di Sabah? Kelemahan pemimpin Sabah di dalam isu pendatang asing agak ketara sejak 5 tahun terbelakang ini kerana masing-masing terlalu sibuk dengan kerja mencari kekayaan. Tapi yang menghairankan saya, bagaimana seorang Ketua Menteri sanggup merendahkan martabatnya serta jadual tugas yang sangat padat untuk merasmikan seminar anjuran Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) kelmarin.
pengaruh tidak la besar mana…tapi kalu kita berusaha, kita mampu mengubah dunia…tidak kisah la kita ni bangsa apa sekali pun..kalu setakat duduk beramai² di bus stand masai sambil berharap dunia akan berubah dengan hanya satu hari, memang tak jadi hapa…jadi maksud ko disini adakah dengan PM kita pegi majlis yang ada kaitan ngan org cina atau india tu maka martabatnya rendah.? bro, think before u speak…jgn main hembus jer…
Apakah beliau tidak takut akan persepsi yang negatif dari rakyat kerana penduduk jati berbangsa Bugis di Sabah adalah golongan minoriti dan jumlah sebenar mereka amatlah sedikit sekali berbanding dengan kehadiran di dewan seminar tersebut pada hari itu. Kita tidak menolak hak mereka sebagai penduduk jati Sabah tetapi kan agak ketara, jumlah ahli berdaftar dan permohonan dalam pertimbangan adalah jauh lebih banyak dari ahli asal persatuan PKBS. Pertuturan penduduk jati berbangsa Bugis di Sabah tidak jauh bezanya dari kita semua dengan “slang” serta gaya yang cukup “Sabahan” tetapi amat jauh bezanya dengan mereka-mereka pendatang tanpa izin di mana lidah mereka masih agak kelat untuk berbahasa Sabahan.
atau kau sendiri takut dengan peningkatan taraf ekonomi dikalangan bangsa yang kau label sebagai pendatang tanpa izin nie.??
bagi aku, kalu kita berusaha, tidak kira bangsa apa sekali pun atau dari mana kita datang, kita mesti berjaya..aku tidak mau tukar csankai-dot-org nie kepada satu blog yang racism dan penuh dengan fakta serta cerita benar mengenai apa itu birokrasi, rasuah dikalangan penduduk di sabah…kalu sabahan-dot-com boleh dikenali di seluruh dunia, aku yakin csankai-dot-org jugak boleh di kenali di seluruh dunia..tapi bukan melalui politik, racism dan benda yang tidak patut, tetapi melalui cerita lucah usaha aku menjadi kaya dan terkenal…dan aku rasa si penulis artikel asal cukup matang untuk menilai apa itu erti kemerdekaan di malaysia memandangkan dia datang dari latar belakang pendidikan yang elok..aku cuma tau guna paint jek…pakngah sendiri yang berasal dari selatan thai kodiang berterima kasih kepada indon dan rokok suria sebab menyiapkan cawangan giant yang ke 100…kan ngah.?? muahahahhhha…
**komen are closed…go fucked up yourself and die -mrsankai-

Posted in: Sankai life

  1. 12 Responses to “Route to 50 years merdeka - Perkauman”

  2. By *kengkawan* » uncle saiful (1) on Aug 27, 2007

    Gravatar

    ahaaa…dia sudah emoooo. hikmat emo peringkat kuih lapis ke 8 bertindakk!

    alaa mucuk. dulu mata pen. sekarang kibod lagi tajam dari lidah. buat debat perdana la kat tibi satu.

    btw, ai berketurunan dari indonesia.

  3. By *panoda krew* » HaRiZ (103) on Aug 27, 2007

    Gravatar

    bro aku dengar kat johor sekarang kecoh pasal 12 bas yang bawak india carik budak pompuan melayu? betul ke? aku dengar kat taman impian emas ade budak pompuan kene potong telinga ngan pariapa tu..kat masai ade budak kene tembak…Betul ke? Puncanya pasal india tu rogol melayu pastu mak die x puas ati pi kapak kekelingan tu…kalau betul gile Gam Punk cam ni…Mereka dah mua x menghormati kaum lain…

  4. By *pemerhati bebas* » WaWa (24) on Aug 27, 2007

    Gravatar

    adui nah! ko letak jak ba link tu urang di sini. aku mo baca juga apa yang dia tulis. sembarangan jak bah. eiii..

  5. By *tuan rumah* » sankai (214) on Aug 28, 2007

    Gravatar

    ankel : ni bukan emo ankel…btw.u dah jadik vice presiden kelab lelaki emo..

    hariz : ada kabar jugak..skang polis bersepah…radio car jgn cakap…kat masai ada 20++ semua bersepah..taman cendana, taman scientax black area..nantikan entry persediaan merdeka gua..

    wawa : aku sua ajar kau cemana mau pi sana…;)

  6. By *kengkawan* » anak sabah (1) on Sep 7, 2007

    Gravatar

    emmm…sebenarnya saya tiada komen apa2..cuma,saya tidak puas hati dengan orang2 yang melebelkan orang suluk adalah pendatang tanpa izin…salahkah orang suluk menubuhkan persatuan sedia ada?memang saya tidak puas hati sebab saya adalah salah seorang orang suluk.saya rasa..kalau orang itu berpendidikan dia tidak akan cakap orang suluk itu adalah pendatang tanpa izin.memang saya akui..segilintirnya memang berasal dari filipina.tapi saya rasa..tak kiralah suku kaum apa pun kita kena respect orang suluk sebab masa penjajahan orang british dulu orang suluk juga yang bermati-matian menjadi perisai supaya orang2 pribumi sabah tidak diinjak kepala.anda tidak percaya cakap saya?kalau ada yang tidak percaya..anda bolelah pinjam buku sejarah adik anda sekiranya ada diantara anda yang mempunyai adik yang tengah belajar di tingkatan 3.pahlawan mat salleh?masih ingatkah anda pahlawan ini?saya rasa tidak perlulah saya membentangkan dengan panjang lebar mengenai benda ni.saya percaya..anda mengakuinya.jadi,suku kaum apa pun kita.kita kena bersatu padu diantara satu sama lain.ok?yang penting kita berdiri ditanah bendera yang sama.selamat maju jaya..sabah

  7. By *kengkawan* » dan2(bajaumixsuluk) (1) on Sep 10, 2007

    Gravatar

    saya terpanggil untuk memperkatakan tentang isu tersebut kerana saya berdarah suluk dan bajau.Anda tidak boleh melabelkan semua org suluk itu pendatang asing.Untuk yang faham saja erk…. Mangak tauhsug iban bajau ayau kita mabugak ah tauh maganan kita pendatang asing. Kita atakah malahat sabah min kaombooan kita sebelum zaman british lagik ituun nah kitam malahat Sabah tu.

  8. By *kengkawan* » Encik Ikan (2) on Nov 6, 2007

    Gravatar

    nak tau pasal tausug @ suluk?
    sila baca komen busy aku joe & encik ikan di bahagian komen di http://www.malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=5804

    baca dan fahami dengan otak..bukannya lutut ok :)

    bila dah faham..tanya diri anda sendiri..wajarkah tausug @ suluk dilabelkan sebagai pendatang di bumi mereka sendiri?!

  9. By *kengkawan* » Encik Ikan (2) on Nov 6, 2007

    Gravatar

    Kepada yang ingin mengkaji asal usul tausug @ suluk

    http://www.asreemoro.com

    :)

  10. By *kengkawan* » mohamad (1) on Nov 20, 2007

    Gravatar

    assalamualaikum
    saya rasa tidak adil untuk mengenepikan orang bugis di sabah sebagai pendatang dan mengenakan bermacam-macam tomahan..pencuri lah..lihat saja ekonomi di tawau, sandakan..siapa yang banyak memberi sumbangan kalau bukan orang bugis. kita kene terima fakta bahawa bangsa bugis adalah bangsa yang rajin berbanding dengan masyarakat tempatan yang bersifat malas dan hanya tau duduk di hutan sahaja…terimalah hakikat nie.. kalau nak di bandingkan pembangunan ekonomi antara daerah..tawau lah yang lebih maju berbanding kota kinabalu..cuma kota kinabalu adalah ibu negeri. dari sudut pendidikan pulak, kajian yang telah di buat oleh jabatan pendidikan negeri sabah menunjukkan bahawa paling ramai masuk university adalah orang bugis…kalau dah ramai masuk university semestinya ramailah yang pandai bukan macam bangsa lain di sabah yang hanya tahu membolot harta kayu balak je(fikir hanya kekayaan sendiri sahaja) lepas tu pergi main judi di luar negara sampai berhutang ber million-million ringgit….inikah bangsa yang kita katakan orang yang membangunkan sabah?… saya tahu orang bugis di sabah memang susah mahu dapat biasiswa kerajaan negeri..ini terjadi pada saya sewaktu saya ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom utk buat ACCA.. bila saya kemukakan permohonan saya…mereka tolak mentah-mentah padahal kawan saya sorang plak nie orang kadazan dapat biasiswa tajaan kerajaan negeri utk melanjutkan pelajaran di UPM…kalau ikutkan keputusan SPM..saya merupakan pelajar terbaik spm tawau dengan memperoleh 8A1, 2A2….jadi dimana letaknya keadilan..so, jangan nak bangga sangatlah dengan bangsa korang tapi banggalah menjadi orang malaysia kerana itu adalah yang lebih penting…orang yang berusaha akan selalu berjaya…

  11. By *kengkawan* » ANAK SULUK (1) on Nov 26, 2007

    Gravatar

    Suluk bukan pendatang asing. Suluk merupakan peribumi Sabah sejak zaman purbakala. Perjuangan Paduka Mat Salleh, Datu Tateng, Syarif Osman dan lain- lain lagi mempertahankan Sabah dari penjajah asing sudah cukup dijadikan asas utama bahawa Suluk peribumi Sabah.

  12. By *kengkawan* » Redzuan (1) on Dec 26, 2007

    Gravatar

    Asklm..
    Suluk ,bugis dan tidung jgn bergaduh…kita nie satu bangsa…Ada berkaitan dlm sejarah dan peperangan..Ada masa add saya redzuan7799@yahoo.com

  13. By *kengkawan* » Andi Asri (1) on Jan 31, 2008

    Gravatar

    sya slah sorg yg brbngsa bugis d sabah,wlaupn sya tau bngsa sya brasal dri indonesia tp menurut kajian sejarah bugis malaysia..bangsa bugis telah lama wujud dalam malaysia (tanah melayu) terutamanye bahagian selatan tanah melayu..tanpa pertolongan dari tentera bugis pada zaman kesultanan riau d johor..tanah melayu mungkin menjadi padang jarak padang tekukur akibat serangan dari pihak musuh tanah melayu..dan sya nak fahamkan bahwa kebanyakkan sultan-sultan melayu d semenanjung adalah keturunan bugis+melayu..so kalau ikut sejarah tanah melayu,bugis merupakan bangsa yang telah lama hidup d malaysia dan kebanyakannye adalah keturunan diraja seperti saya hehe

Sorry, comments for this entry are closed at this time.

© 2008 - csankai yang hot dan sexy ;). WordPress Theme Designer