2–dua tiga harini, aku ada buat kajian…sebabnya, aku dengar org cakap aku dah ge..erkk…chubby….

apasal ngko makin gemuk.?? dah macam aku dah..

-en iwan (dia seorang yang agak berisi…nengok afdlin shauki)

humm…itu baru satu..tak tulis lagi yang cakap aku cam john travolta la……macam johan mambo la…ehehe….so, atas dasar keperimanusiaan yang meningi dalam diri, aku pun menjalankan kajian tentang cara hidup dan pemakanan yang sihat yang divbantu oleh seorang pakar pemakanan sedunia…dokktor rahman…eheheeh…

selama sehari semalam, aku mengambil bukti² utk membuktikan bahawa aku mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan pasal org cakap aku gemuk tu hanyalah omong kosong semata²….

mari kita mulakan..pada waktu pagi, aku tidak mengambil sarapan seperti mana org lain yang makan roti, roti canai, mertabak, nasik lemak dll…aku makan mee…sebab mee tidak berat dan mudah dihadam oleh perut aku yang ada six pax nie…

makan-3.png

ianya sangat berkhasiat..semua org tau yang megi dibuat daripada tepung dan tepung mengadungi kanji yang bagus utk pankreas…dan ini di ambil sekitar pukul 11 pagi..biasalah..datang keja dah kul 9 lebih…nak punch card lagi, nak explain ngan bos napa datang lambat..semua tu ngambil masa 2-3 jam jugak….dan kebiasaanya,tengahari hingga ke petang aku tak makan apa2…sebab aku berlatih puasa…cuma minum air jer 7-8 botol….ehehheehhe…

di sekitar maghrib, bila buger dah bukak, maka aku akan mengoder buger…ini utk alas perut sebab dan sebagai pembuka puasa…ehehehe..

makan-1.png

dan biasanya buger ayam menjadi santapan minda dah rohani…ini jugak sangat berkhasiat kerana terdapat sayur, bawang, kocaip, sos tomato, mayonis, cili goreng, roti, halia, lengkuas, teh hijau, ayam masak merah dan siakap 3 rasa…ini boleh dikatakan sebagai satu set hidangan lengkap yang cukup mengadungi semua vitamin, zat besi dan racun pembunuh….eheheehhehee

memandangkan semalam hari sabtu dan petang tu ada pasar malam kat pasir gudang, maka makan malam gua di seponser oleh abg buncitt…

makan-2.png

ini semua adalah makan malam gua..dan ini adalah menu pada malam sabtu..kebiasaanya, menu adalah samaada nasik lemak ayam dari habib jewel, nasik putih ngan tomyam campur dari kedai depan masjid, meehun goreng belacan dari kedai sing atau mana² menu dari zarahman….

dan tidak dilupa jugak air yang menjadi kegilaan gua sekarang..

makan.png

saya rasa, kesemua menu makan ini adalah sangat sihat lagi menyihatkan…ini kerana kesemua menu ini adalah bagus utk mepercepatkan pertumbuhan lemak, kenikan darah tinggi dan berat badan tanpa kawalan, komplikasi jantung, paru² berdarah, serta kencing manis…

di harap kengkawan semua mencuba menu ini….hhahahhhhaa………….

babaiiiiiiiiiiii………………..

This post has 5 comments.

  1. HaRiZ
    12 Aug 07
    5:04 am

    hahaha….milo ais tabur tu memang sedap lakanat tu…diadun menggunakan sudu dan ditambah susu Pekat manis F&N serta ditabur dengan milo diatasnya…seperti penaburan “selit bijik” yang mengkhayalkan….apsal burger ko die buat dengan keji sampai meleleh2 tu? brader burger tu hangin ape ngan ko sebab ko cerewet makan burger x de sayor? hahahah

  2. kalau empok katalah empok
    jangan katak mati tak makan
    kalau gemok katalah gemok
    jangan pulak banyak alasan

    akakakakaka

  3. palie
    13 Aug 07
    4:56 am

    laa… ko gemuk rupa2nya… oppss… silap… chubby… hehe…

  4. pola
    13 Aug 07
    10:24 am

    walaweiiii…sodapppp nyer…..
    selagi tgh sihat…dan lalu nak mkn…
    baik mkn je.. tp jgn lupa amalkan cara pemakanan yg sihat…

    –Nasihat ini dibawakan secara PERCUMA oleh Dr.pola–

  5. sankai
    18 Aug 07
    2:10 pm

    gua kurus haper…ngeee….

Carian Audio Tajaan Tawauonline.Org



Help Me Get My New Laptop.!!!!