Archive for August, 2007

Hadiah Untuk Aku

Ok..Petang yang indah..dikala org lain sedang berseronok, aku dilanda kebosanan…nak main ps2, tapi humm…takda game best..esok la kena pegi tempat org kawin..dan kali ni aku yakin aku tidak salah tarikh lagi.hahahahhah..

mingg lepas, abg bob menghantar email cakap nak buat peraduan dan nak bagi aku hadiah..aku ingat, aku ingat die memain atau dia nak bagi aku kreta ker, handphone ker, kapal terbang ker atau paling kurang pun kreta nissan ke..tapi aku tersilap..its more than that…die nak bagi custom theme…ala, macam dalam pimp my ride tu…tapi ni custom la…hehehe..

seperti mana yang anda tau, theme saya yang ganas ni direka khas oleh abg bob….dan saya telah meng-custom kan dengan izin beliau ok..dan theme ni bleh didapati dari website beliau di http://www.blogohblog.com dan theme sebelum ni yang ada fantasi seks tetap ganas pada header pun rekaan dia jugak..

selain dari tu, abg bob jugak mempunyai website lain yakni http://adooi.com dan peraduan teka dan menang silang kata..eh salah…hadiah custom theme itu di buat di sini. humm…kalu http://www.blogohblog.com itu adalah tempat utk theme, yang ni plak berkonsepkan..erkk..pengumuman rasmi, berita terhangat, serta gosip-gosip liar mengenai dunia pemblogan internet malaya..ha ha ha….dan sedikit advanced…proceed di sini utk projek terbaru abg bob yang terbaru yakni CSS snap.!!

kesimpulannya, jgn memandu ketika mabok dan “Dapatkan Wordpress Themes percuma di Blog Oh Blog” dan “Bob beri hadiah lagi! Jom kita tengok!”

off topik : minggu depan, kemungkinan besar aku akan pergi KL sebab erkk…urusan rasmi. sesiapa yang tau ada tempat penginapan yang selesa budjet under rm 100 serta berdekatan dengan publik transport sila la bagi tau yek. kalu ada yang mau bagi seponser tempat tinggal utk semalam lagi bagus…hahahhaah..

31 Ogos 2007 - 50 Tahun Kemerdekaan

merdeka.jpg

gambar di guna pakai dengan/tanpa(potong mana yang berkenaan) dari http://www.enveluv.com/blog/2007/08/30/happy-merdeka/

selamat hari kemerdekaan kepada negara malaysia.!!! dikala org lain menyambut merdeka dengan percikan bunga api, dengan ber-shuffle di the zone, menari² di danga bay, ada yang sibuk merakam gambar bogel sendiri, ada yang keluar beramai² utk mencari mangsa, mat² motor saling menunjukkan skil individu masing², saya dan beberapa sahabat terpaksa bersengkang mata sampai pukul 5 pagi semata² utk mempertahankan maruah masing²…..kami berentap di rumah dengan ps2 farid dan game winning eleven…dan aku haram takleh tido….

selamat hari merdeka.!!

siap sedia

semalam aku nengok berita lewat malam…PM ada umumkan bahawa kabar angin di pasir gudang, johor serta area yang berkaitan dengannya…dan area ni merangkumi masai, dan kawasan sekeliling…seperta yang korang sedia maklum, masai adalah tempat aku menjalankan perniagaan haram seperti mendonlot porno movie, serta tempat aku dan konco² berkumpul utk merangcang job kami yang seterusnya…

tapi beberapa hari lepas, ada kabar berita yang tidak berapa sedap didengar dan ini membuatkan hati aku bergoyang serba sedikit…lagi menjelang 31 ogos….

Read the rest of this entry »

keberanian.??

hahahaha..hari ni aku di kejutkan ngan satu persitiwa menyayat hati…cuba korang lihat komen dibawah..

sankai said…

saudara….aku tidak tau kenapa kau begitu benci kaum bugis..tapi kau punya fakta semuanya tidak boleh diterima akal…jgn main hembus semmbarang jak

Penulis menjawab…….

Sdr Sankai, pembetulan ya sdr. Saya tidak benci kaum Bugis tetapi saya benci kaum pendatang yang tidak sedarkan diri menumpang di negara orang lain dan melakukan segala kesalahan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang ke perkara besar.

Apakah fakta yang saya kemukakan dalam banyak ruangan saya ini tidak mencukupi dan jika Sdr mengatakan ianya tidak masuk akal, bah tunjukkan di mana silap dan salah saya.

Saya akan menunggu tulisan sdr yang seterusnya dan saya akan menyiarkan untuk tatapan semua, dan jika ada “telor” dedahkan identiti sdr agar lebih senang kita berkomunikasi sama ada melalui ruangan ini atau secara “face to face”.

kawan² yang saya hormati sekalian, ada org menyuruh saya mendedahkan identiti sebenar..erkk…adakah aku terlalu misterius.?? apakah aku ni anynomous.?? i mean…erkk..misteri sangat ka org bernama sankai nie.?? aku rasa banyak kali aku post pic aku dalam entry…banyak kali aku cakap aku keja kat mana…dan dalam about me pun sudah cukup jelas siapa aku…lagi.?? aku tidak penah bosan mempromote csankai-dot-org ini kepada semua kawan² dalam ym, forum, friendster dan myspace…supaya org tau siapa pemilik sebenar csankai-dot-org nie…

saudara, aku tidak berminat mau baca tulisan sampah serta fakta yang tidak masuk akal yang kau tulis..walaupun aku bukan dewa blogger malaysia, tapi aku rasa tidak ada guna aku mau baca tulisan yang tidak matang dan berat sebelah sebab aku tidak mendapat manafaat dari apa kau tulis…kalu kau rasa kami, kaum bugis ni ancaman kepada kau, itu bukan salah kaum kami..kami jugak seperti manusia lain..berusaha untuk memperbaiki taraf hidup ekonomi sendiri….teruskan lah dengan ideaologi yang kau bangga²kan tu..aku ada misi lebih penting dari mau berdebat benda bodoh yang tidak masuk akal…aku rasa aku akan kehilangan ramai “sahabat” blog kalu aku layan org² yang menuduh org lain takda telor ke hapa tetapi menumpang di sebalik akaun free kat blogspot….dan sahabat aku semua pasti muntah darah kalu baca politik kat blog nie…

camni saudara, nasihat saya dari seorang yang tidak berselindung di sebalik free account di blogspot, kalu saudara rasa mampu mengubah dasar politik di sabah, dan saudara mempunyai “telor” utk berbuat demikian, maka dapatkan lah sebuah domain..sewa lah sebuah server dan buat lah sebuah blog sebagai seorang profesional..mungkin itu lebih baik daripada saudara berterusan berselindung di sebalik blogspot yang profile sendiri tidak mempunyai pic….mungkin dengan itu saudara akan menjadi hero rakyat sabah sebab berani memerikan fakta yang sebenar dengan bukti yang diyakini kukuh..

kalu tidak, maka sampai bila2 pun tidak ada yang anda dapat ubah..kami, kaum bugis tetap akan berusaha utk memajukan taraf ekonomi bangsa kami tidak kira di mana kami berada..sekian terima kasih…

p/s : lepas ni aku nak wat cam raja petra la plak… setiap kali wat entry, aku akan letak pic yang berukuran passport…supaya org tau aku ada telor…hahahahahahha….

Route to 50 years merdeka - Perkauman

ok..aku ingat cerita Route to 50 years merdeka aku malas nak buat sebenarnya..tapi, tadi aku bukak friendster group, aku nengok ada post baru. yaps, politik dan perkauman. aku tidak suka utk menulis dua benda nie sebab aku rasa benda ni bleh buat org lain muntah darah macam tengok cup C..kan ngah.?? aku pi cari laman/blog yang dimaksudkan…dan abg google memberikan jalan yang benar..

sebenarnya, aku malas nak cakap banyak dan bagi url pada pemilik laman blog itu. aku tidak tau apa itu politik. aku tidak tau apa kau punya sebab, atau aku tidak peduli atau kenal kau sapa…tidak sama sekali..tapi aku mau balas kau punya entry sebab aku berbangsa bugis.!! and im proud of it.!!

Read the rest of this entry »