
Sebenarnya, tidak perlu satu juta sebab pun kenapa perlu ke Pulau Mabul. hehehe. Seperti yang anda semua boleh google, Pulau Mabul terletak di pesisir pantai Semporna. Berhadapan dengan laut Celebes. Dan kalau di lihat dari Google Maps pun memang sudah cukup cantik. Lawatan sambil belajar (<–hahaha) ke Pulau Mabul ini sebenarnya sudah aku rancang sejak pertengahan tahun 2010 lagi. Tapi, baru dapat pergi. Ada banyak pakej yang menarik, tetapi memandangkan ini adalah budjet trip, maka aku dapat pergi dengan kadar yang sangat murah. Totally RM 115 seorang untuk perjalanan dari Tawau-Semporna-Pulau Mabul-Semporna-Tawau termasuk makan.
Percutian ini cuma mengambil masa sehari semalam, tapi cukup untuk membuatkan aku berkata “wow…” bukan kerana melihat pelancong dari Australia topless di pantai tetapi keindahan Pulau Mabul itu sendiri. Pelancong dari Australia yang topless itu adalah satu bonus.

Dan kalau ditanyakan apa yang boleh di buat di Pulau Mabul ini, mestinya tidak ada panggung wayang ataupun tempat permainan bowling. Mandi laut serta snorkling menjadi aktiviti utama. Kalau yang mempunyai lesen untuk menyelam, silakan la pergi menyelam kerana orang dari seluruh dunia datang ke sini semata-mata untuk menyelam.

Kalau yang pergi kesini menggunakan pakej dari mana-mana agen pelancongan, kelengkapan untuk snorkling adalah disediakan oleh pihak resort. Tapi ini adalah independent trip. Jadi, perlatan untuk snorkling aku sewa sendiri dengan kawan aku punya kawan punya kawan atau mana-mana dive master di sini. Sangat murah. Cuma RM15 untuk pakai sampai puas hati.

Soal makan bukan juga menjadi masalah untuk yang tidak mengambil pakej dari mana-mana travel agent. Pulau Mabul ini penuh dengan ikan. Jadi, boleh pergi tangkap menggunakan teknik penangkapan ikan terulung. Atau paling tidak beli dengan penduduk tempatan. Sangat murah ikan nya segar dari ladang. erkk..laut.

Keseluruhannya, trip ke Pulau Mabul ini sangat memuaskan hati aku. Walaupun hanya lebihkurang 24 jam sahaja berada disini, itu lebih dari cukup sebenarnya untuk merasai betapa indahnya pemandangan di Laut Celebes ketika matahari terbit. Tidak perlu bagi 1 juta sebab kenapa perlu ke Pulau Mabul kerana satu sahaja sudah cukup. Yang pasti, aku sudah merancang untuk trip kali ke-2 ke sini. Dan kali ini akan dirancang dengan lebih rapi lagi.
P/S : entry menarik dari Affuan.org

aku ingatkan pulau malibu. sembang mau kencang. yo yo jo 1 juto. haha. lamanya aku x gi bercuti.. bestnya lauttttt…
Pingback: csnk » Pakej Ke Pulau Mabul
Lepas google2 jumpa gk info budget.. Aku memang suke travel beb… tapi pakej nk ke mabul, sipadan, mataking semua ribu-ribu.. Memang plan nak ke sana.. maybe next year.